Booth di IPB [14 Jul 2013]

 Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi semua.. Sudah 6 hari kita berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia ni..
Nak update sedikit kisah booth smlm..
Walaupun berpuasa, HLC sangat teruja kerana dapat membuka booth, buat kali ketiga di IPB, Maluri.

Kali ini booth HLC lebih meriah dengan penyertaan dari TelekungMurah2U, Haz Purple Craft dan seorang lagi crafter. Pertama kali booth dibuka pada hujung minggu ketika pelajar PJJ berada di IPB.

Alhamdulillah sambutan tetap meriah.. Sedikit gambar dari gerai HLC..

Sam pemilik TelekungMurah2U.. Masih gigih walaupun kandungan sudah berusia 8 bulan ;)

Waktu ini lengang kerana pelajar masih berada di kelas


Pembantu cilik yang sedang sibuk menyusun barang jualan. ;)

Sebahagian hasil kraftangan untuk jualan.. Brooch, sarung telefon dari Felt dan PVC. Hiasan kenderaan dan banyak lagi..

Telekug lycra, Telekung Cotton, Jubah Princess Cut, Kuih Raya, Tudung Bawal Crown, Hair pin dan berbagai lagi..


Terima kasih kerana mengunjungi booth kami...


0 comments:

Post a Comment


Click to send me message
http://hlcstorehouse.wasap.my/

 

Followers

Popular Posts